Kek Coklat Kukus

Entri kali ni aku nak kongsi kan resepi kek coklat kukus. So yang takde oven tu mesti happy kan? Sebab kek ni kukus je. Senang dan kalau jadi, sedap lah rasanya. Hahaha. Resepi ni dapat dari mak ngah. So let's start :D

Bahan A

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B : 

3 biji telur
1 1/2 cawan tepung (diayak)
sedikit serbuk penaik & serbuk soda

Bahan C :

250g cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Bismilah jangan lupa. So let's look at the step :D

1. Ambil semua bahan A tadi masukkan dalam periuk. Kemudian masakkan semua bahan tu. Pastikan sebati dan serbuk koko tu betul-betul hancur. Tak nak ada ketulan.
2. Sementara tu, boleh la ambil 3 biji telur, jangan lupa basuh. Kebersihan penting tau. Pukul telur tu semua sampai kembang. Ni kena sabar ye sebab telur tu kena betul-betul kembang. Aku buat pun penat, hehe.
3. Bahan B tu kan, ayak 1 1/2 cawan tepung dengan sedikit serbuk soda dan serbuk penaik. (yang telur tu dah buat kat step atas ni)
4. Kemudian ambil campuran tepung (bahan B) dan bahan A yang telah dimasak tadi, masukkan kedalam pukulan telur tadi. Pukul sehingga sebati.
5. Bila dah sebati masukkan dalam loyang or bekas yang sesuai. Pastu kukus adunan tadi tu selama 1jam. Peringatan : penutup kukus kena ikat dengan kain supaya wap air dapat diserap. Wap air tak boleh tertitis ke atas adunan. Nanti kek rosak.

Next, step buat topping. Gunakan bahan C  ye.

1. Didihkan air dalam periuk baru. Ambil periuk baru lagi dan letak semua bahan C dalam periuk tu. Periuk bawah ada air yang didih tu, periuk atas ada bahan C. Biarkan coklat cair dengan air panas tu. Konsep ni sama macam konsep kukus.

InsyaAllah, kalau jadi macam ni lah hasilnya :




Comot tapi sedap tau. Yang chocolate rice tu hiasan sampingan. Boleh je nak guna apa-apa hiasan yang sesuai. Dan kek ni boleh dimakan panas or sejuk. Aku suka sejuk, so letak dalam peti ais. Nanti topping tu keras, sedap dap dap dap wehh :D

Okay resepi dah ada ni. Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment