So in this post I will use "saya" to represent me, hehehe. Terima kasih untuk soalan tu. Sebenarnya saya pun tak tau sangat pasal kos sains biokesihatan ni. Masa mula-2 letak kat pilihan upu tuu, just letak sebab ada perkataan kesihatan, so dengan itu daku terus membuat andaian yang kos ni macam ada kena-2 sikit dengan doktor. Kos ni sebenarnya memang ada kait sikit laa (sikit je) dengan apa yang students perubatan belajar tapi kita ni berbeza sikit sebab kita belajar macam-2 dalam bidang kesihatan :) Haa tu yang best sebab kita tak fokus pada satu term dan aspek sahaja.
(Update; dalam kos ni kita belajar banyak Biologi dan Kimia dan lebih menjurus kepada research. Analogi simple yang dapat saya gunakan sebagai contoh ialah doktor akan merawat pesakit, tapi kita sebagai saintis/researcher yang akan mengkaji dan mencari ubat untuk diberi kepada pesakit)
Jadi saya akan bagitau la apa yang saya tau mengenai kos ni. I'm taking this course at University of Malaya as bachelor (undergraduate) students under Faculty of Sciences. Tempoh pengajian ialah 3 tahun setengah. Tak tau la kalau kos ni ada ditawarkan untuk peringkat awal ke apa. Kos ni akan melibatkan atau merangkumi pelbagai aspek kesihatan tapi dah lupa laa apa aspek nye, hahahaha. Kita akan belajar forensik sikit, anatomi, kimia perubatan dan macam-2 lagi :D
(Update; antara perkara yang akan dipelajari adalah termasuk genetik, fisiologi, anatomi, neurologi dan akan ada lab practical sehingga tahun ketiga)
Untuk tahun pertama, semua pelajar kat Fakulti Sains kena amek subjek yang ditawarkan di bawah fakulti ni. Maksudnya, masa ni kitaorang tak belajar lagi secara khusus mengenai kos kita. Apa yang kitaorang belajar ialah basic in science (biology, chemistry, physics, geology, mathematics). Jangan risau sebab apa yang korang belajar kat sekolah menengah (SPM), Matrikulasi, Asasi Sains (foundation) itu jugak la yang korang akan belajar masa first year. Cuma pendedahannya lebih meluas. Masa ni jugak korang boleh pilih subjek daripada department/jabatan lain. Macam saya pelajar Jabatan Biologi, so kena la pilih subjek dari Jabatan Kimia, Matematik, etc + subjek universiti (wajib ambil) hahahaha.
Yang ditandakan merah ialah subjek universiti.
Masuk tahun kedua, baru lah belajar dan ambil subjek yang khusus untuk kos kita. Setiap kos akan ada subjeknya tersendiri. Juga ada subjek wajib atau core yang wajib lah LULUS dan cukup jam kreditnya. Kalau tak berjaya nak habiskan subek wajib, tak boleh ambil certain subjek di Tahun Ketiga sebab ianya subjek pra-syarat untuk memasuki kelas tersebut. Dan masa ni jugak lah kita kena pandai pilih subjek alternatif apa yang nak diambil. Subjek tu mesti lah bersesuaian dengan kita sebab kita akan bawak sampai final year. Contoh, lepas dah grad nanti kalau nak kerja kat bahagian makmal perubatan, ambil lah subjek yang menjurus ke arah itu.
(Update; banyak subjek alternatif menarik yang ditawarkan. Jadi pandai-pandai lah pilih. Minat atau ikut kawan?)
Antara subjek elektif yang ditawarkan pada tahun kedua.
Subjek core di bawah Jabatan Biologi.
Hmm apa lagi ye nak cakap? Hahahaha. Kursus ni best sebab pensyarah semua baik dan sporting. Lagi satu, jangan risau pasal tak tau nak amek subjek apa, tak paham apa yang ada dalam gambar kat atas. Sebab pensyarah dan senior akan membantu korang.
(Update; Kos ini memerlukan pelajar untuk menyempurnakan Latihan Industri (praktikal) dan menyiapkan Tesis/Thesis. Kalau tak, tak boleh grad la jawabnya)
Dari segi pekerjaan selepas korang dah bergraduasi, bidang pekerjaan sangat luas sebab pelajar untuk kos ni belajar banyak benda mengenai kesihatan :) Sains dah pun namanya dan bidang Sains sangat luas okay :D
(Update; Bidang yang berkaitan dengan Health Science kita boleh ceburi. Boleh jugak pilih nak buat research, kerja dalam lab atau masuk industri)
Itu je. Harap ni dapat membantu. Kalau ada apa-2 pertanyaan, boleh cari saya di Facebook atau Twitter - cari sahaja Faiz Asmadi :D