SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN ( SAINS BIOKESIHATAN)

Sedang bersiap untuk membuat post baru, lepas tu ternampak komen dari seorang pembaca.


So in this post I will use "saya" to represent me, hehehe. Terima kasih untuk soalan tu. Sebenarnya saya pun tak tau sangat pasal kos sains biokesihatan ni. Masa mula-2 letak kat pilihan upu tuu, just letak sebab ada perkataan kesihatan, so dengan itu daku terus membuat andaian yang kos ni macam ada kena-2 sikit dengan doktor. Kos ni sebenarnya memang ada kait sikit laa (sikit je) dengan apa yang students perubatan belajar tapi kita ni berbeza sikit sebab kita belajar macam-2 dalam bidang kesihatan :) Haa tu yang best sebab kita tak fokus pada satu term dan aspek sahaja. 
(Update; dalam kos ni kita belajar banyak Biologi dan Kimia dan lebih menjurus kepada research. Analogi simple yang dapat saya gunakan sebagai contoh ialah doktor akan merawat pesakit, tapi kita sebagai saintis/researcher yang akan mengkaji dan mencari ubat untuk diberi kepada pesakit)

Jadi saya akan bagitau la apa yang saya tau mengenai kos ni. I'm taking this course at University of Malaya as bachelor (undergraduate) students under Faculty of Sciences. Tempoh pengajian ialah 3 tahun setengah. Tak tau la kalau kos ni ada ditawarkan untuk peringkat awal ke apa. Kos ni akan melibatkan atau merangkumi pelbagai aspek kesihatan tapi dah lupa laa apa aspek nye, hahahaha. Kita akan belajar forensik sikit, anatomi, kimia perubatan dan macam-2 lagi :D 
(Update; antara perkara yang akan dipelajari adalah termasuk genetik, fisiologi, anatomi, neurologi dan akan ada lab practical sehingga tahun ketiga)

Untuk tahun pertama, semua pelajar kat Fakulti Sains kena amek subjek yang ditawarkan di bawah fakulti ni. Maksudnya, masa ni kitaorang tak belajar lagi secara khusus mengenai kos kita. Apa yang kitaorang belajar ialah basic in science (biology, chemistry, physics, geology, mathematics). Jangan risau sebab apa yang korang belajar kat sekolah menengah (SPM), Matrikulasi, Asasi Sains (foundation) itu jugak la yang korang akan belajar masa first year. Cuma pendedahannya lebih meluas. Masa ni jugak korang boleh pilih subjek daripada department/jabatan lain. Macam saya pelajar Jabatan Biologi, so kena la pilih subjek dari Jabatan Kimia, Matematik, etc + subjek universiti (wajib ambil) hahahaha.


Yang ditandakan merah ialah subjek universiti.

Masuk tahun kedua, baru lah belajar dan ambil subjek yang khusus untuk kos kita. Setiap kos akan ada subjeknya tersendiri. Juga ada subjek wajib atau core yang wajib lah LULUS dan cukup jam kreditnya. Kalau tak berjaya nak habiskan subek wajib, tak boleh ambil certain subjek di Tahun Ketiga sebab ianya subjek pra-syarat untuk memasuki kelas tersebut. Dan masa ni jugak lah kita kena pandai pilih subjek alternatif apa yang nak diambil. Subjek tu mesti lah bersesuaian dengan kita sebab kita akan bawak sampai final year. Contoh, lepas dah grad nanti kalau nak kerja kat bahagian makmal perubatan, ambil lah subjek yang menjurus ke arah itu. 
(Update; banyak subjek alternatif menarik yang ditawarkan. Jadi pandai-pandai lah pilih. Minat atau ikut kawan?)



Antara subjek elektif yang ditawarkan pada tahun kedua.



Subjek core di bawah Jabatan Biologi.

Hmm apa lagi ye nak cakap? Hahahaha. Kursus ni best sebab pensyarah semua baik dan sporting. Lagi satu, jangan risau pasal tak tau nak amek subjek apa, tak paham apa yang ada dalam gambar kat atas. Sebab pensyarah dan senior akan membantu korang. 
(Update; Kos ini memerlukan pelajar untuk menyempurnakan Latihan Industri (praktikal) dan menyiapkan Tesis/Thesis. Kalau tak, tak boleh grad la jawabnya)

Dari segi pekerjaan selepas korang dah bergraduasi, bidang pekerjaan sangat luas sebab pelajar untuk kos ni belajar banyak benda mengenai kesihatan :) Sains dah pun namanya dan bidang Sains sangat luas okay :D 
(Update; Bidang yang berkaitan dengan Health Science kita boleh ceburi. Boleh jugak pilih nak buat research, kerja dalam lab atau masuk industri)

Itu je. Harap ni dapat membantu. Kalau ada apa-2 pertanyaan, boleh cari saya di Facebook atau Twitter - cari sahaja Faiz Asmadi :D


22 comments:

  1. Salam, boleh tak jelaskan tentang peluang nak sambung medic selepas graduate course biokesihatan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there :) Sorry sebab baru nak reply ur comment. Dah lama tak visit my own blog.

      Ada peluang kalau nak sambung MEDIC after graduate from this course sebab kita belajar macam2 mengenai kesihatan drp course ni. Kalau pointer tinggi (3.7 above), peluang agak cerah sebab persaingan pun makin sengit (ramai budak2 pandai skrg).

      Nak sambung ke IPTA susah sikit sebenarnya sebab kos ni tak dikategorikan sbg medic as it's under fac science. Untuk ke IPTS peluang tinggi, salah satunya PERDANA UNIVERSITY. Boleh mohon kat situ :) Macam kos saya ni kat UM, every year pihak PERDANA UNI akan dtg bg briefing and bukak sesi pendaftaran bg sesiapa yg berminat nak sambung medic .

      Peluang nak sambung medic tu ada lps grad dgn course ni :) Cuma usaha kena banyak la ye kalau nak yg terbaik :D

      Amek kos biokesiahatan jugak ke? Atau berminat nak apply?

      Delete
  2. salam alaik,,,kalau bio kesihatan ni mmg bljar mcm medic,,,kira anatomy phsiology,,suma bljr? interview dy mcm mna ye? t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Biokesihatan ni subjek nye lebih kurang sama mcm medik dan bioperubatan. Kita belajar anatomi, fisiologi, genetik and mcm2 lagi subjek best :D Kita punya peluang nak bekerja dlm industri pun luas sbb kita tak fokus on medik je, kita tgk secara meluas mengenai kesihatan. Tp kalau biokesihatan dgn pengajian islam tu lain sikit la sbb modulnya tak sama dgn yg pure biohealth mcm saya. Interview tu saya tak tahu lah sbb batch saya takde interview. batch saya ni batch last sekali sebelum interview dikenakan pada sesi 2013/2014.

      Delete
  3. Salam..nk tnya sket..
    Klu blajaq kt um utk kos biokesihatan,
    Lecturer provide lecture notes x??
    ker kita gna reference book yg tebal2 cam Campbell suma.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam atikah. Lecturer akan provide nota. Semua lecturer akan bagi nota (cuma certain lecturer je tak bagi sbb dia nak kita rajin membaca and jgn disuap je). Kita guna nota tu as guideline. Dan kena baca lagi bahan rujukan lain utk tambahan. lecturer akan kata "this lecture note as guideline only so do read others reference". Mcm saya ni, depends kat nota lecturer je hahaha. But it's better to read more :)

      Delete
  4. saya akan ade temuduga ahad ni untuk kos biohealth ni untuk UM.. tapi saya x tahu apa jawapan yang sesuai kalau dia tanya apa peluang pekerjaan lepasan biohealth ni..apa yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tahniah sbb terpilih ke temuduga. Be chill and relax je. Sbb pensyarah kitaorg sendiri bgtau yg diaorang just nak tgk korang bercakap in public (mampu tak bercakap atau malu2). Hehehehe. Peluang pekerjaan lepasan biohealth ni luas. Contoh : boleh bekerja dekat lab (lab hospital tuu), boleh jadi doktor jugak, scientist/researcher, lecturer, kerja dlm bidang genetiks. But mostly in la and jadi pensyarah la. Good luck for your interview :) Relaks je tau and jgn takut sgt. Yang penting borak2/cakap dgn penemuduga tau. And kalau jumpa DR YUS, hati2 sbb dia suka tanya soalan best and kdg2 sengaja nak buat u guys takut hahaha tapi dia baik :D *jawapan panjang pulak hahahaha*

      Delete
  5. Assalamualaikum , I really need your help about this course . My first time baca blog ni , best sangat ! Just want to know , with my pngk 3.70 . Do I have a chance ? Dah Cuba cari email you , xp x jumpa :( . So here is mine fatinfazrina@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Hi... Wanna ask the difference between bachelor of biomedical and bachelor of biohealth in UM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. These two are different courses in UM. Biomedical course offer in UM is Biomedical Engineering which is from Faculty of Engineering while Biohealth Science is from Faculty of Science. By telling this, I guess u can see it's a different aspect of studies.

      Delete
    2. Hi what financial aid mcm mana ya untuk kos ni ?

      Delete
    3. Maaf, saya kurang faham dengan soalan ni.

      Delete
    4. Sorry lambat i mean abg ambik ptptn or ada scholar untuk kos ni ? Maklum la um kan mahal 😳

      Delete
    5. Yup, i got scholarship. Nak amek ptptn pon boleh. Dan kalau ada dpt any scholarship pon boleh je for this course.

      Delete
  7. alhamdulillah da further study in sains biologi in umt tapi still wondering about the job scope..faiz sekarang da keja or still studying..honestly, pointer utk sarjana ni penting x?bcoz it seems like most employer just asking for candidate that got degree in any field..does employer normally state the cgpa that we required to achieve..rsa cam need someome to tell me bout this..sorry disturb😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faiz bagitahu apa yg Faiz tahu ye. Alhamdulillah, Faiz baru je habis belajar dan tak grad lagi ni hehehe. Sekarang sedang bekerja.

      1. Job scope dalam bidang Sains ni luas sbb Sains ada mcm2.banyak pengkhususan. Kalau Sains Biologi ni biasanya mereka ambil dgn pendidikan jadi insyaAllah lepas grad boleh jadi cikgu. Kalau yang lebih kepada research, blh ke arah saintis. Apa2 pun, insyaAllah kalau berada dalam Sains Biologi ni blh pergi je mana2 bidang Sains (Genetik, Microbiology, Ecology & Environment, Sc & Technology, Healht Sc, etc) tp mungkin perlu belajar atau training kat tempat kerja tu la sbb biasa company atau tempat kerja diaorg ada pengkhususan tersendiri.

      2. Cgpa ataupun pointer masa degree ni Faiz boleh cakap ianya sbgi tiket la utk senang ke interview kerja. Kalau u dpt pointer tinggi then it's a bonus (majikan mungkin akan tertarik terlebih dahulu dgn u). Kalau tak tinggi atau pun biasa2 sahaja pun takpe. Usually company akan iklankan jawatan kosong and they will state the syarat kelayakan dan yes akan diberitahu nak pointer berapa (ada setengah yg tak nyatakan pon dan tak kisah). Sebab apa? Sebab kalau u tak tahu pun psl kerja tu and pointer tak layak, that company boleh bagi training dgn syarat awak willingly to belajar :)

      3. Kalau kerja luar daripada bidang belajar kita pun takpe. It's okay. Diaorg akan bg training sampai la kita pandai. Bagus sbb dapat belajar benda baru, pengetahuan dan pengalaman pun bertambah :)

      4. Sebagai pengalaman buat awak, boleh try search iklan2 jawatan kosong. U will see how the company list kan perkara2/ciri2 yg mereka mahu pada seseorang itu dan kerja/tugas yg perlu seseorang itu lakukan.

      Hope dgn penerangan ni, awak faham dan lebih jelas la ye. Any question else boleh je terus tanya kat twitter (cari FaizAsmadi). :)

      Delete
  8. Assalamualaikum... Nak tanya, course biokesihatan ni sama ke dgn bioperubatan?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum... Nak tanya, course biokesihatan ni sama ke dgn bioperubatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biokesihatan dan Bioperubatan adalah dua jurusan yang berbeza. Content dalam pengajaran pun berbeza tapi memang akan sedikit persamaan la dalam silibus. Basically, kedua dua kos ni lebih kepada medical research punya pembelajaran.

      Delete
  10. Hi, saya ambik biologi tuk degree soon. Lepas graduate, apa ya job chances yang ada?

    ReplyDelete