Aku akan pecahkan entri ini kepada dua bahagian. Bahagian pertama untuk aktiviti di Kundasang dan bahagian kedua untuk aktviti di Kota Kinabalu. Agar senang untuk korang yang membaca faham dan follow the flow gitu. Basically, entri ini aku akan kongsi aktiviti yang aku buat, sedikit tips dan juga bajet/peruntukan sepanjang percutian serba ringkas tapi bermakna ini. Untuk perhatian korang; trip ni aku pergi bersama dengan dua orang kawan aku. Jadi, segala perbelanjaan akan dibahagi kepada tiga.
27 Jan 2017 (Jumaat) // Hari Pertama
Bertolak dari KLIA2 jam 11.30AM. Sampai je di KK Airport,tunggu kawan kitaorg yang stay di Sabah. Jadi kat sini takde masalah transport dah la sebab kereta dah ada. Bagi yang tiada kenalan di Sabah, sebaiknya cari la kereta sewa (cari sebulan awal) sebagai transport utama sepanjang berada di Sabah. Hari pertama ni kitaorang terus gerak ke Kundasang. Aku memang syorkan untuk korang terus ke Kundasang dan spend masa 2 atau 3 hari kat sana. Lepas dah habis enjoy di Kundasang baru lah have fun di KK pulak. TIPS perjalanan dari KK ke Kundasang lebih kurang 2 jam (sebab ni la kena ada kereta untuk memudahkan pergerakan). Perjalanan ke Kundasang agak mencabar sebab kena melalui jalan yang seakan akan Cameron Highland. Maksudnya korang kena mendaki dan pusing pusing - kalau yang tak pro memandu mungkin a bit sukar lah. Lagi satu, kalau datang masa petang dah nak dekat malam tu kabus tebal dan sedikit menghalang pandangan TIPS disarankan pergi ke Kundasang sebelum masuk waktu Maghrib (untuk mengelakkan daripada memandu dalam keadaan gelap dan bekabus tebal)
With Hushai yang teman aku kat KL. |
Peneman sepanjang trip kat Sabah. Nasib baik ada Nash. Sebab dia ada kereta dan dia lah driver. |
Makan dan lepak dekat Taman Awam Likas sebelum gerak ke Kundasang. |
Sepanjang perjalanan menuju ke Kundasang terdapat beberapa destinasi menarik yang korang boleh singgah. Susun jadual dan waktu anda dengan baik jika berhasrat untuk melwat tempat tempat menarik ni. Antara tempat tersebut ialah Rumah Terbalik, Pekan Nabalu (kawasan menjual sayuran buahan tempatan & kraftangn), Kinabalu Park dan Strawberry Garden TIPS yang tak pasti dengan lokasi, boleh terus menggunakan Waze untuk cari lokasi yang ingin dituju (macam kitaorang terus Waze nama hotel yang kitaorang nak duduk tu).
Kitaorang menginap di AYANA HOLIDAY RESORT. Tempat ni beberapa kilometer sahaja daripada Pekan Kundasang. Aku memang syorkan korang menginap di sini kalau singgah ke Kundasang atas sebab tempat ni dekat dengan beberapa tempat menarik yang ada di sekitar Kundasang. Lepas check in, rehat sekejap.
Penginapan 3H2M yang awesome di Ayana Holiday Resort. Kitaorang ambil superior room with private balcony without breakfast. |
Bilik yang super duper selesa :) |
Tuala dan basic amenities untuk mandi disediakan. |
Tandas bersih. Air dia sejuk sangat. |
TV, wifi, air mineral, cawan, kopi dan gula, tisu dan water heater disediakan. |
Malam tu keluar makan kat Pekan Kundasang. Ada beberapa kedai makan halal. Tak susah pun nak cari kedai makan kat sini. So, jangan risau ye 😉 TIPS untuk mengelakkan menunggu lama, korang boleh gerak makan dengan awal sebab kebanyakkan orang akan melancong ke Kundasang. Jadi, sila maklum tentang kehadiran orang yang ramai ye. Aktiviti malam berakhir dengan berehat di bilik dan sebelum tidur buat briefing untuk aktiviti esok.
28 Jan 2017 (Sabtu) // Hari Kedua
Seawal 6.30AM kitaorang dah gerak ke Kinabalu Park. Sejuk sangat tapi berbaloi untuk menikmati pemandangan gunung dan suasana yang nyaman. Memang bagus untuk pergi awal supaya korang tak perlu bersesak dengan pelancong yang lain. TIPS pakai baju sejuk atau beberapa lapis baju bagi mereka yang tak tahan sejuk. Tiket masuk berharga RM3/pax. Dari Ayana nak ke sini hanyalah 1.3KM sahaja.
Lepas dah puas ambil gambar dan menikmati pemandangan, kitaorang ke destinasi seterusnya iaitu Desa Dairy Farm. Sebelum pukul 8AM kitaorang dah sampai dan macam biasa la dah ramai orang menanti untuk masuk (masa kitaorg datang tu, tempat tak buka lagi dan semua kereta beratur untuk ambil giliran masuk ke dalam). TIPS jalan nak ke tempat ni agak terus sikit.Sempit dan ada beberapa laluan yang kena mendaki. Digalakkan datang awal agar mudah korang nak dapat parking dan tak perlu parking jauh dan berjalan jauh. Tiket masuk ialah RM5/pax. Kitaorg memang plan nak breakfast kat sini. Makanya, kitaorg pun beli la waffle, hotdog, susu dan aiskrim. Memang sedap. Aiskrim dan susu tu digalakkan untuk share untuk mengelakkan rasa muak dan jemu. Antara aktiviti lain yang ada kat sini ialah memberi makan pada lembu dan kambing. Macam biasa, datang sini memang sah kalau tak ambil gambar. Sebab tu aku galakkan korang untuk datang awal agar dapat bergambar puas-puas. Yang bestnya kat sini ialah cuacanya yang sejuk dan pemandangan yang lawa. Kalau pandai ambil gambar - memang umphhhh lah!!
Nampak? Belum bukak lagi tapi ramai dah beratur. |
Selfie laaa. Apa lagi kan? |
Boleh la cuba breakfast kat sini sambil layan view yang lawa. |
Sedap susu coklat ni. Harga dia RM4.40 |
Gelato Ice Cream - RM5.30/cup. |
After that, kitaorg drive ke Ranau pulak. Perjalanan tak silap lebih kurang 45 minit + dan kitaorg pakai Waze je nak pergi sana. Kat Ranau, kitaorg singgah Poring Hot Spring, Tagal Sg. Moroli (Fish Spa Kg. Luanti) dan Sabah Tea Garden.
Poring Hot Spring : tiket masuk RM3/pax dan boleh guna tiket yang sama korang masuk ke Kinabalu Park. Kat sini memang ramai giler orang dan susah cari parking. Expect to wait if you want to use private pool, sebab korang kena la take turn untuk guna kolam tu. Ada kawasan terbuka untuk mandi, tandas pun ada, orang jual makanan pun ada. Kalau taknak mandi kat kolam air panas, boleh buat aktiviti lain seperti Canopy Walk yang macam kitaorg buat ni. Harga Canopy Walk ialah RM5/pax ; tak dibenarkan mengambil gambar atau menggunakan kamera termasuk kamera hp (kalau nak guna juga, just bayar kat kaunter). TIPS sebelum sampai ke Canopy Walk, korang kena hiking lebih kurang 15 minit macam tu. Jadi, pakai la pakaian yang sesuai dan selesa. Kat Ranau ni panas tau.
Gigihnya la aku pakai macamni untuk hiking. Sebab malas nak tukar baju, jadi redah jela. Semestinya lecak ketiak hahahaha. |
Canopy Walk dia panjang jugak. Bagi yang gayat tu hati-hati ye. Boleh menangis hehehe. |
Tagal Sg. Moroli : tiket masuk RM5/pax (dewasa) dan perjalanan dari Poring Hot Spring ke sini lebih kurang 30 minit dengan menaiki kereta. Aktiviti utama kat sini ialah fish spa ataupun sebenarnya hanyalah sesi mencelupkan kaki anda ke dalam sungai lalu ikan-ikan pun datang ke kaki anda XD Kat sini pun korang kena tunggu untuk masuk dalam sungai tu. Sebelum masuk, serahkan tiket anda ke kaunter dan staf akan bagi nombor giliran. Satu sesi ialah 15 minit dan bila dah habis masa, mereka akan buat pengumuman untuk panggil korang keluar. TIPS bayaran extra akan dikenakan untuk segala jenis penggunaan kamera (RM1/pax) + elakkan pergi ke sini pada waktu hujan + pallet ikan berharga RM0.20/plastik untuk korang bagi kat ikan.
Rasa geli-geli masa ikan-ikan ni datang. |
Tengok la berapa banyak ikan yang ada. |
Sabah Tea Garden : tiada caj dikenakan untuk masuk ke sini. Tempat ni bersebelahan saja dengan Tagal Sg. Moroli dan takde apa-apa yang best pun hahaha. Kitaorg pergi sini pun sebab dah alang-alang dekat kan. Panas giler weh!!! Yang sanggup untuk meredah jalan dia, dipersilakan sebab kat atas ni korang boleh ambil gambar dan menikmati pemandangan ladang teh. Macam biasa la, boleh beli dan merasai teh dan manisan dekat sini. TIPS yang bawak kereta tu berhati-hati sebab laluan nak naik atas ni teruk dan dakian dia sedikit curam, laluan pun sempit + digalakkan untuk ke sini pada waktu pagi atau petang untuk mengelakkan lecak ketiak.
Pukul 2.30PM kitaorg dah sampai di Kundasang balik dan lunch kat Pekan Kundasang. Meriah jugak suasana dia. Ada macam pasar sikit dan korang boleh merasa makanan Sabah. Ada beberapa kedai makan kat sini, jadi jangan risau dan korang pilih lah kedai makan yang berkenan ye. Petang tu kitaorg rehat kat bilik dan malam tu dinner kat Restoran Hidayah macam biasa kat pekan la. Memang recommended la kedai ni. Makanan dia sedap dan portion dia bagi banyak weh!! Untuk pengetahuan korang, sepanjang dua hari menginap kat Kundasang, kitaorg makan kepak ayam je kat Kundasang ni. Memang sedap dan harga dia RM1.50 je. Kalau malam tu memang ramai orang sampai kena beratur beli kepak ayam atau mereka panggil sayap.
Inilah dia kepak ayam yang maha sedap itu. Masa mula-mula beli ingatkan rasa dia biasa je. Lepas dah makan, haa amek kau memang sedap. Esoknya beli sekali banyak terus hahahaha. |
Habis dah cerita di Kundasang. Aku memang suka Kundasang sebab tempat ni sejuk. Pekan dia kecil je tapi terasa kemeriahan dia. Waktu malam agak tenang. Dah la kitaorg stay kat Ayana Holiday Resort, lagi tenang lepastu dengan sejuk dia lagi. Tak payah ada aircond pun. Ada beberapa tarikan lain yang korang boleh singgah kat Kundasang ni. Apa yang aku bagitahu ini hanyalah sebahagian sahaja. Kalau korang taknak rasa penat dan rushing untuk balik ke KK, stay la sini satu atau dua malam. Pergi semua tempat kat sini, pastu baru lah turun balik ke KK.
Okay, jumpa di entri seterusnya untuk aku ceritakan pengalaman di Kota Kinabalu pulak ye!
No comments:
Post a Comment