Trip ke Sabah // Part 2 - Kota Kinabalu

Ini sambungan daripada bahagian pertama trip aku ke Sabah pada 2017. Untuk memudahkan pembaca, aku ringkaskan post ni kepada itinerary sahaja.

Hari Ketiga - 29 Jan 2017/Ahad


  • Check out Ayana Holiday Resort dan gerak ke Kota Kinabalu (KK)
  • Breakfast di KK (tak pergi tempat makan special pun, just makan di kedai mamak)
  • Pergi Jesselton Point (cari pakej pulau & snorkeling)
  • Check in Sri Iskandar Hotel (tempat menginap 1 malam kami di KK)
  • Petang tu pergi tengok view KK di Kokol Haven Resort (lawa view di sini tapi nak masuk kena bayar. Dah la mahal. Tapi kitaorang tak bayar sebab rasa tak berbaloi hahaha yela datang sekadar nak menikmati pemandangan je)
  • Malam - dinner di Todak Waterfront. Kami pilih untuk makan di Gerai Santai Haji Manja. Ada banyak gerai/kedai makan yang korang boleh pilih. Kami malas nak jalan & tawar menawar, jadinya terus je decide nak makan kat sini.
  • Lepas dinner - jalan2 menikmati night life di KK. Ada banyak pasar yang korang boleh singgah kat sini macam Pasar Filipina, Pasar Malam Sinuran)
  • Midnight - tengok movie di 1Borneo Hypermall LOL LOL LOL LOL 

Hari Keempat - 30 Jan 2017/Isnin 
  • Check out Sri Iskandar Hotel
  • Breakfast
  • Singgah ke Pasar Kraftangan KK. Ada pelbagai cenderamata, kuih, keropok dan makanan tradisional yang dijual di sini.
  • Singgah Suria Sabah Sjopping Mall - nak buang masa sebelum pergi airport. Tak tahu nak buat apa so kita makan lagi hahahahaha
  • Pukul 12PM tiba di KK Airport dan sedia untuk pulang ke KL !

PERBELANJAAN SEPANJANG 4H3M DI SABAH :

  • Tiket bas KL Sentral - KLIA2 RM24/pax (pergi balik)
  • Ayana Holiday Resort (3H2M) - RM257 = RM86/pax
  • Sri Iskandar Hotel (1M) - RM74 = RM25/pax
  • Kinabalu Park - RM3/pax (entrance)
  • Desa Dairy Farm - RM5/pax (entrance)
  • Waffle + hotdog (breakfast di Desa Dairy Farm) - RM17 = (RM5.70/pax)
  • Susu Coklat Dairy Farm - RM4.40/box (kotak kecil 500ml)
  • Gelato Ice Cream - RM5.30/cup
  • Poring Hot Spring - RM3/pax (boleh guna tiket entrance Kinabalu Park)
  • Canopy Walk di Poring Hot Spring - RM5/pax
  • Tagal Sg Moroli - RM5/pax (dewasa), caj kamera RM3 (RM1/pax), pallet ikan RM0.20 (3 ORANG = RM0.60)
  • Jesselton Point - RM38.80/student price (Ferry Terminal - RM3.80/pax, Sapi Island - RM20/pax, conservation fee - RM3/pax, goggle & life jacket - RM15/pax)
  • Gerai Santai Haji Manja - RM33/pax (TOTAL RM100 - seafood, nasi 6 pinggan, 3 air)
  • Minyak kereta Axia 4H - RM23.60/pax

TOTAL = RM268/PAX 
(jumlah mungkin berbeza atau berubah mengikut harga/caj tiket semasa dan harga makan minum sepanjang perjalanan)



SENARAI BAYARAN YANG DISENARAIKAN DI ATAS TIDAK TERMASUK :


  • Tiket flight - sebab kami beli masa bukan promosi dan sedikit mahal
  • Snek sebagai kudapan
  • Sewa kereta Axia - sebab kawan kata dia belanja
  • Entrance Kokol Haven Resort
  • Cenderamata yang dibeli
  • Tiket wayang
  • Kepak ayam madu
  • Makan minum per individu


Korang akan dapat jimat banyak giler kos kalau dapat harga tiket flight murah/promosi. Untuk itinerary penuh, boleh tinggalkan email di ruangan komen. Nanti aku akan email. Setakat ini sahaja la ye. Harap post ini dapat membantu korang dalam merancang perjalanan ke Sabah nanti :D

2 comments: